Bebaskan Palestin!

APA YANG PERTAMA ALLAH CIPTA

15 Mei 2013
Posted by Zin

Ibn Abbas menyatakan Allah mencipta :

Jin sebelum Api
Kasih sayang sebelum bumi
Matahari sebelum planet-planet lain
Siang sebelum malam
Tanah sebelum gunung
Malaikat sebelum jin
Jin sebelum manusia
Lelaki sebelum perempuan

PERANG DI SYRIA

13 Mei 2013
Posted by Zin


Salam...
 
Perang Syria sudah mencapai "tahap mengerikan yang belum pernah dialami sebelum ini", kata utusan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi, awal semalam, selepas puluhan orang terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai menggerunkan.
Pada masa sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, merayu agar keganasan di negara itu dihentikan segera.Brahimi memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa ia mesti bertindak sekarang bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu.
 
Hampir 80 lelaki muda dibunuh, setiap seorang dengan satu das tembakan, dan mayat mereka dihumban ke dalam sungai di bandar Aleppo yang sedang bergolak. Para pemberontak Syria menuduh pemerintah Presiden Bashar Al- Assad melakukan pembunuhan itu, tetapi media milik pemerinah berkata puak pembangkang parti Islam yang sepatutnya dipersalahkan. Syria sedang berpecah di hadapan mata semua orang. Hanya masyarakat antarabangsa yang boleh membantu, dan yang pertama sekali ialah Majlis Keselamatan," kata Brahimi kepada 15 perwakilan majlis itu.
 
Konflik berusia 22 bulan itu telah menyebabkan 60,000 orang mati, menurut PBB dalam satu sidang di Kuwait. Badan dunia itu akan cuba mengumpulkan pembiayaan berjumlah AS$1.5 bilion bagi rakyat Syria yang dilanda musibah itu. "Tragedi itu tidak mempunyai penamatnya," kata Brahimi. Kewajaran pemerintah Assad sudah "rosak dan tidak dapat dibaiki", tambah Brahimi, sambil memberi amaran ia masih boleh mengekalkan kuasanya.Tentera Assad semakin menindas, tegas bekas menteri luar Algeria itu. Konflik itu telah membuka mata Negara-gara jiran namun serakat mana usaha mereka. AFP, Reuters
 
Usaha kita. Berdoa supaya kuatkan keimanan dan kemenagan dipihak yang benar.

 


UNDANG-UNDANG ISLAM

24 Oktober 2008
Posted by Zin



ASSALAMUALAIKUM...

Beberapa tokoh sekular Mesir mendakwa bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan yang berkaitan dengan hukuman kafir, zalim dan fasiq ke atas orang-orang yang tidak melaksanakan hukum Allah tidak termasuk untuk orang bukan Islam. Sebaliknya ayat tersebut hanya diturunkan untuk orang Yahudi. Mereka juga menyatakan perkataan Syariah yng terdapat dalam al-Quran bukan bermaksud pemerintahan perlu melaksanakn syariat Islam. Pandangan ini adalah salah dan semata-mata untuk mengelirukan umat Islam.

Sesungguhnya, perkara syariah tidak boleh diperdebatkan dengan alasan untuk mencari hujah-hujah lain. Jika kita lihat sejarah, beberapa org khalifah pada zamn Umayyah dan Abasiyyah telah meminggirkan syariah dalm urusan kenegaraan. tindakan ini telah memusnahkan prinsip yg telah dipraktikkan pada zaman rasulullah dan khalifah ar-Rasyidin. Sebaliknya, telah jelas di dalam al-Quran Allah menyuruh menusia melaksanakan syariah Islam bukan sahaja di dalam ibadah dan keluarga tetapi mencakupi pentadbiran. (Ayat quran) Tidak rugi melaksanakn perintah Allah kerana banyak kesan baik dan syariat sesunggunya tidak mengikat sesiapa.

Habis...

DIDIKAN AGAMA KEJAYAAN ANAK DUNIA AKHIRAT

Posted by Zin


ASSALAMUALAIKUM...

Keluarga merupakan satu medium yang paling berpengaruh untuk membentuk peribadi dan tingkah laku anak-anak. Bapa merupakan orang yang berperanan untuk mendidik dan menjaga tnigkah laku anak. Manakala, ibu turut memainkan peranan memberi ksih sayang yang sewajarnya. Maksudnya, kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan adil. Tingkah laku yang baik mesti ditunjuk kepada anak disamping memberi didikan agama yang betul dan berterusan.

Pada usia remajalah bapa dan ibu perlu memainkan peranan besar. Pada masa ini fikiran mereka perlu dijaga dengan penghayatan Islam. Pada masa ini ibu bapa perlu memberi didikan agama seperti menghantar ke sekolah agama, membeli buku agama dan mempraktikkan adab agama di dalam keluarga. Barulah mereka akan biasa apabila berada di luar nanti. Jika ibu bapa tidak arif dalam mendidik anak mereka sepatutnya meminta bantuan saudara mara atau bertanya pada yang lebih arif.

Habis...

HENDAK MENDAPAT DOA MALAIKAT?

Posted by Zin


Assalamualaikum


Malaikat adalah makhluk Allah yang tidak melakukan dosa. Bayangkan jika makhluk yang sangat dekat dengan Allah ini berdoa untuk kita, kita tentu rasa bahagia dan beruntung. Antara orang yang akan mendapat doa daripada angel yang patuh ini ialah...



1. Orang yang duduk menunggu sebelum masuk solat fardhu
(Riwayat Muslim)


2. Mendoadakan saudaranya (R.M)


3. Mengajar perkara yang baik-baik (R. at-Tirmizi)


4. Tidur dalam keadaan bersuci




Raih n praktik semua sikap di atas jika anda mahu.

Wallahua`lam

Pesanan Hijjaz