DIMANA TAFSIR BAHASA MELAYU
2009 Mac 1
Assalamualaikum.
Petang yang berbahagia ini kembali cerah setelah 1 minggu hujan turun membasahi bumi Wilayah Selangor dan kawasan sekitar. Hujan kali ini terasa begitu manis kerana dapat rasakan angin sejuk yang masuk di celah cermin tingkap.
Walaupun sibuk dengan hal diri dan pelajaran penulis sempat meluang masa untuk mencoret ketidakpuasan hati di ruang biru ini. Minggu ini penulis ada membuat rujukan dengan menggunakan tafsir al-Quran. Namun Penulis tidak berpuas hati dan agak terkilan kerana sepanjang pencarian dan pembacaan di Perpustakaan Tun Sri Lanang iaitu sebuah perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara, penulis tidak menemukan sebarang tafsir yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Penulis hanya pernah pernah merujuk tafsir dalam bahasa Melayu iaitu Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan Tafsir Fizilalil al-Quran sahaja. Persoalan yang bermain dibenak fikiran, dimana tafsir yang diterjemah dalam Bahasa Melayu. Atau penulis yang tidak menjumpai tafsir terjemahan Bahasa Melayu?
Sepanjang pencarian penulis banyak menemukan terjemahan tafsir dan tafsir al-Quran dalam Bahasa Indonesia dan karya Indonesia. Ini adalah antara terjemahan tafsir dan karangan tafsir Bahasa Indonesia yang penulis sempat belek helaianya..Penulis dapat rasakan bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami.
Harap maaf kerana nama pengkarya tidak disertakan gelaran ikhtisas.
1. Tafsir al-Azhar terjemahan
2. Tafsir al-Bayan karya T.N Hasby as-shidiqi
3. Tafsir Rahmat karya H.Oemar Bakry
4. Tafsir al-Munir
5. Tafsir al-Maraghi terjemahan
Kenapa tiada penulis yang mahu menerbitkan karya sebegini? Apa yang menyedihkan sejak dua tahun kebelakangan ini banyak novel cinta dilambakkan di kedai-kedai buku. Penulis tidak melihat sebarang kebaikan jika membaca novel berunsur cinta. Penulis berharap ada tokoh Islam yang boleh serta mahu menerbitkan tafsir terjemahan dan tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan orang Islam dan bukan Islam membuat rujukan.
Wallahua'lam
SAUDARA ISLAM KITA DI WILAYAH PALESTIN
2009 Jan 30
ASSALAMUALAIKUM
Ingat dah senyap peperangan di Wilayah Palestin lebih-lebih lagi bila Barack Obama dilantik menjadi presiden tetapi apa yang nyata sekali manusia ni hanya berdiam diri, seolah tak mampu untuk bersuara.
Pilu hati lihat kanak-kanak kena luka dimuka di kaca televisyen saban hari. Belum lagi meningkat dewasa sudah menjadi anak yatim piatu. Orang lelaki pula ramai yang terkorban, ramai pejuang gugur.
Seluruh dunia bercakap, pemimpin serta masyarakat mengarahkan supaya menamatkan peperangan, mengadakan rundingan tetapi tak ada apa-apa perubahan malah tentera Israel masih setia dengan hujan peluru, kereta kebal. Apa lagi yang mereka mahu dari penduduk di situ, Jika dilihat pada peta dah tinggal 1/3 sahaja tanah rakyat Palestin.
Fikir tentang gadis, rasa mengigil, bagaimanalah nasib gadis kat situ, tak boleh penulis bayangkan kalau berada di tempat itu, betapa takutnya, lebih baik mati daripada menjadi bahan deraan dan mainan askar-askar Israel yang tak tak ada peri kemanusian, dah jadi sifat haiwan manusia ini.
Masuk bab boikot barangan, ramai yang dok war-warkan dalam sms la, friendster la dan akhbar jarang-jarang. Seingat penulis, sudah lama isu boycott ni, cuma kita sebagai orang Islam kadang-kadang buat tak nampak dan tak ingat. Dalam kepala fikir barangan Malaysia tak up to date la, mudah rosak, tak ada kualiti walhal kita patut sokong. Berkorban la sikt. Jika direnung, ditimbal balik slogan 'Beli Barangan Buatan Malaysia' itu memang tepatlah, disamping nak jaga ekonomi, dalam tak sedar kita dah tidak guna barangan buatan Amerika dan negara lain. Sentuh pasal barangan ini masalahnya pasaraya kat malaysia, banyak yang francais. Contoh jelas Tesco. Susah jugak nak atasi sebab kerajaan yang dok wat masuk. Penulis, selaku rakyat yang tak tahu sangat tentang ekonomi Malaysia, lebih-lebih lagi dunia, hanya mampu bercakap aje.
Oh ya, penulis ada menggunakan Syampu Sunsilk cuma tak tahu produk ini buatan dari negara mana. Seingat penulis made in Thailand. Maaf, penulis sudah mencuba syampu buatan Malaysia dan negara lain tapi tak boleh, sakit kepala, bau kuat sangat. Bila tengok kawan guna syampu, penulis juga meronta untuk beli. tidak hiraukan pesanan ummi yang melarang. penulis masih ingat kata ummi "banyak kandungan bahan tidak elok( bahan kimia) dalam tu, lagipu ummi tak pernah guna, rambut ummi elok aje". betul kata ummi, rambut penulis banyak gugur masa menyikat, dulu rambut hitam je sekarang dah nampak perang sikit. Dah jadi warna coklat tua. Intinya, tak mati kalian tidak guna produk luar negara. so, elaklah dari menggunakan produk luar negara lebih-lebih lagi produk Amerika. Namun, masalahnya kerajaan masih lagi wat masuk barangan luar.. satu lagi, ekonomi dunia, Yahudi yang kuasai, itu yang Malaysia terpaksa atau (sengaja) beli barangan luar. Ntahlah, penulis yang hanya mampu menulis untuk luahkan perkara yang terbuku di hati. Penulis bukanlah makhluk Tuhan yang banyak membaca namun sekadar tahu dari mulut orang yang heboh bercerita. Nak baca sendiri tak ada masa dan sifat malas masih menebal.
Sebagai orang Islam, buatlah sehabis baik dan ikhtiar sehabis daya untuk membantu saudara seagama kita di negara yang sentiasa berperang itu. Hulurlah bantuan kewangan, bantahan serta doa pada yang Esa. Selain itu, cubalah mengurangkan penggunaan dan memakan barangan buatan Amerika. Ini sahaja caranya untuk menolong kerana kita bukanlah sebah negara dan rakyat yang kuat.
Wallahua`lam




