Bebaskan Palestin!

PERANG DI SYRIA

13 Mei 2013
Posted by Zin


Salam...
 
Perang Syria sudah mencapai "tahap mengerikan yang belum pernah dialami sebelum ini", kata utusan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi, awal semalam, selepas puluhan orang terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai menggerunkan.
Pada masa sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, merayu agar keganasan di negara itu dihentikan segera.Brahimi memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa ia mesti bertindak sekarang bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu.
 
Hampir 80 lelaki muda dibunuh, setiap seorang dengan satu das tembakan, dan mayat mereka dihumban ke dalam sungai di bandar Aleppo yang sedang bergolak. Para pemberontak Syria menuduh pemerintah Presiden Bashar Al- Assad melakukan pembunuhan itu, tetapi media milik pemerinah berkata puak pembangkang parti Islam yang sepatutnya dipersalahkan. Syria sedang berpecah di hadapan mata semua orang. Hanya masyarakat antarabangsa yang boleh membantu, dan yang pertama sekali ialah Majlis Keselamatan," kata Brahimi kepada 15 perwakilan majlis itu.
 
Konflik berusia 22 bulan itu telah menyebabkan 60,000 orang mati, menurut PBB dalam satu sidang di Kuwait. Badan dunia itu akan cuba mengumpulkan pembiayaan berjumlah AS$1.5 bilion bagi rakyat Syria yang dilanda musibah itu. "Tragedi itu tidak mempunyai penamatnya," kata Brahimi. Kewajaran pemerintah Assad sudah "rosak dan tidak dapat dibaiki", tambah Brahimi, sambil memberi amaran ia masih boleh mengekalkan kuasanya.Tentera Assad semakin menindas, tegas bekas menteri luar Algeria itu. Konflik itu telah membuka mata Negara-gara jiran namun serakat mana usaha mereka. AFP, Reuters
 
Usaha kita. Berdoa supaya kuatkan keimanan dan kemenagan dipihak yang benar.

 


0 TINGGALKAN TEGURAN DI SINI:

Pesanan Hijjaz